Seminar Peluang Menerokai Pasaran ASEAN : Apa Yang Anda Perlu Tahu ?

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Latihan Pengeksport, MATRADE akan menganjurkan program bertajuk “Seminar : Peluang Menerokai Pasaran ASEAN : Apa Yang Anda Perlu Tahu?” seperti ketetapan berikut :

  • Tarikh : 7 Mac 2019 (Khamis)
  • Masa : 9.00 am – 5.00 pm
  • Tempat : Dewan MPC, 8 Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru

2. Objektif penganjuran seminar ini adalah seperti berikut;

  • Memaklumkan usahawan dan pengeksport tempatan di Wilayah Selatan mengenai perkhidmatan, kemudahan, program serta aktiviti MATRADE yang terkini  
  • Memberikan kefahaman dan mewujudkan kesedaran dikalangan pengeksport Malaysia mengenai piawaian perjanjian kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA)
  • Mengenalpasti langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil serta risiko yang akan dihadapi dalah urusan perdagangan antarabangsa
  • Keperluan mengetahui fungsi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia berkaitan prosedur tuntutan layanan Tarif Berkeutamaan.
  • Membina kesedaran mengenai kepentingan penjenamaan serta strategi yang perlu diambil untuk menembusi pasaran antarabangsa.
  • Perkongsian santai berkaitan pengalaman mantan Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE menjalankan tugas mempromosi eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia di pasaran global dan tips berguna untuk usahawan dari pemerhatian serta pengalaman.
  • Perkongsian pengalaman oleh syarikat-syarikat yang telah berjaya mengeksport ke pasaran antarabangsa untuk memberikan inspirasi kepada golongan usahawan untuk menceburkan diri dalam pasaran eksport

3. Yuran seminar adalah sebanyak RM 20.00 and pendaftaran boleh dibuat di dalam talian melalui laman web http://www.matrade.gov.my. Tarikh tutup pendafataran adalah pada 5 Mac 2019 (Tuesday).

4. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan program ini, sila hubungi;

i.       Puan Tusilah (03 – 6207 7227 / tusilah@matrade.gov.my)

ii.       Cik Syam Irma Mohd Sham (03 – 6207 7809 / irma@matrade.gov.my)

Maklumat lanjut berkenaan dengan pendaftaran seminar, sila hubungi;

i.        Puan Rahayu Mohd Ali (03 – 6207 7864 / rahayu@matrade.gov.my)

ii.       Puan Aidatul Marina Abdul Ghani (03 – 6207 7870 / aidatul@matrade.gov.my)

iii.       MATRADE Wilayah Selatan (07-222 9400 / johor@matrade.gov.my)