DPMM Negeri Johor

Berita dan Aktiviti Terkini DPMM NEGERI JOHOR

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Negeri Johor 2018

DPMM Negeri Johor telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2018 di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru pada Ahad, 18 Mac 2018.

Mesyuarat Agung Tahunan 2018 kali ini menyaksikan pertandingan DUA penjuru untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Yang DiPertua DPMM Negeri Johor yang dahulunya disandang oleh Allahyarham Tn. Hj. Syed Salim Bin Hj. Syed Mohamed yang telah kembali ke Rahmatullah pada Sabtu, 23 Disember 2017 di Mekah Al-Mukarramah.

Tahniah diucapkan kepada Ir. Hj. Mohd Taquddin @ Mohd Raus Bin Ibrahim atas pemilihan beliau bagi menyandang jawatan Timbalan Yang DiPertua DPMM Negeri Johor bagi sessi 2018/2020.

DPMM Negeri Johor mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli serta agensi-agensi yang hadir dan terlibat dalam menjayakan mesyuarat tahunan kali ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil ketika Mesyuarat Agung Tahunan 2018.

 

Updated: March 21, 2018 — 12:51 pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcikpta Terpelihara © Unit ICT DPMM NEGERI JOHOR
Paparan Terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1920 x 1080
Pelayar yang disokong : IE 7 ke atas, Mozilla FIrefox, Google Chrome dan Safari
Frontier Theme