JEMPUTAN UNTUK MELAWAT EDISI KE-8 EKSPO HALAL TERBESAR MALAYSIA, HALAL FIESTA MALAYSIA (HALFEST JAKIM 2019), SEBUAH PROJEK PEMBANGUNAN, PROMOSI DAN PEMBUDAYAAN HALAL NEGARA

Kepada Ahli-ahli DPMM Negeri Johor

Dengan sukacitanya JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), penganjur Ekspo Halal Terbesar Malaysia dengan MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) sebagai penganjur bersama ingin menjemput anda untuk melawat ekspo HALFEST JAKIM 2019. Ekspo 5 hari ini akan berlangsung seperti di bawah:

Tarikh    : 4 – 8 September 2019 (Rabu – Ahad)

Masa     : 10 pagi – 7 petang (Rabu dan Khamis)

          : 10 pagi – 9 petang (Jumaat – Ahad)

Lokasi    : Pusat Pameran MINES (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

HALFEST JAKIM 2019 akan mempersembahkan produk dan perkhidmatan yang telah mendapat persijilan Halal dari lebih 450 syarikat industri Halal dari serata Malaysia. Dianggarkan 80,000 pengunjung awam dan peruncit akan melawat ekspo ini. Antara sektor yang akan diketengahkan adalah sektor makanan dan minuman, kosmetik dan penjagaan diri, farmaseutikal, mesin dan peralatan, perbankan Islam dan takaful. Layari www.halfest.com untuk maklumat lanjut.

HALFEST JAKIM 2019 akan menampilkan pelbagai produk unik dan inovatif Halal yang diusahakan khususnya oleh usahawan desa, mikro, kecil dan sederhana yang kebanyakkannya belum memasuki pasaran runcit utama di Malaysia. Ini akan memberi peluang kepada anda untuk meneroka peluang perniagaan atau bekerjasama sebagai ejen pengedaran produk mereka di kawasan anda. Sebagai ekspo rasmi JAKIM untuk usahawan industri Halal Malaysia, sokongan dan kunjungan anda akan membolehkan anda mengenali lebih dekat akan industri ini.

Dengan yang demikian, menjadi harapan kami agar anda dapat membantu bila perlu dalam kapasiti anda kepada usahawan industri Halal negara. Kami juga berharap pendapat anda dapat dikongsi bersama kami dalam usaha kami membangunkan industri ini. Kami turut berharap agar anda dapat menyertai pelbagai aktiviti dan program menarik untuk pempamer, peruncit, pemborong dan pengguna di HALFEST JAKIM 2019 khususnya program CHAT INDUSTRI HALAL. Kami turut melampirkan risalah interaktif CHAT INDUSTRI HALAL yang membolehkan anda untuk mendapatkan tempat pada slot2 yang ingin anda sertai.

Dalam usaha untuk memastikan lawatan pihak anda berjalan dengan lancar dan sekiranya pihak anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kami, En. Amirul di talian +603 6203 4433 atau e-mel ke rsvp@halal.org.my.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *