DPMM Negeri Johor

Berita dan Aktiviti Terkini DPMM NEGERI JOHOR

PENYERTAAN USAHAWAN KE PROGRAM MARA-OISCA INTERNATIONAL BUSINESS FORUM (MOIBF) 2017

Dimaklumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menganjurkan program MARA-OISCA International Business Forum (MOIBF) 2017 seperti ketetapan berikut :

 

Tarikh         :       14 – 15 November 2017
Tempat       :       Magelan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah

 

Sehubungan dengan itu, MARA ingin menjemput ahli-ahli DPMM Negeri Johor untuk mengikuti program ini. Untuk makluman, program ini merupakan kerjasama dengan OISCA yang melibatkan 1000 orang peserta yang merangkumi usahawan tempatan, usahawan dari negara Jepun & antarabangsa serta delegasi agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan,

 

Bagi penyertaan ke program ini, beberapa kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti :
a) Usahawan dalam kluster food & beverage, pelancongan dan agro-culture
b) Pendapatan tahunan syarikat melebihi RM300,000
c) Produk makanan perlulah mendapat pensijilan Halal dan export-ready

 

Segala perbelanjaan perjalanan, penginapan dan makan minum untuk program ini adalah di bawah tanggungan usahawan sendiri. Sekiranya terdapat pertanyaan berhubung perkara ini, boleh berhubung terus dengan En. Saiful Azhar Bin Yunus, En. Ahmad Nazirul Bin Abd Majid dan Pn. Norazimah Binti Haron di talian 07-2229966.
Updated: October 5, 2017 — 2:40 pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcikpta Terpelihara © Unit ICT DPMM NEGERI JOHOR
Paparan Terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1920 x 1080
Pelayar yang disokong : IE 7 ke atas, Mozilla FIrefox, Google Chrome dan Safari
Frontier Theme