KUNJUNGAN HORMAT DPMM KE ATAS PERDANA MENTERI MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang diketuai oleh YBhg. Dato Sri Syed Hussien Al-Habshee selaku Presiden DPMM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad di pejabat beliau di Putrajaya semalam.

Antara Yang DiPertua DPMM Negeri-Negeri yang turut serta dalam kunjungan tersebut ialah YM Datuk (Dr) Syed Ali Alattas selaku Yang DiPertua DPMM Negeri Johor, Yang DiPertua DPMM Perlis, YBhg. Dato’ Hj. Fauzi Bin Hassan, Dr. Halim Bin Husin selaku Yang DiPertua DPMM Melaka, En. Nor Syahrin Bin Hamidon, Yang DiPertua DPMM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Yang DiPertua DPMM Negeri Sembilan, En. Abdul Rahman Bin Yaakub dan Ketua Dewanita DPMM Puan Nazliyah Binti Nadzaruddin.

Kunjungan yang diadakan pada jam 3 petang di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya itu adalah sebagai tanda sokongan DPMM terhadap kepimpinan YAB Tun dalam mentadbir dan memacu Malaysia ke aras yang lebih tinggi dan diharap kunjungan ini dapat mewacanakan lagi perkembangan dan pertumbuhan ekonomi usahawan Melayu khususnya. Kunjungan ini dimeriahkan lagi dengan sambutan ulangtahun Tun Mahathir yang ke-94 oleh mereka yang hadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *