Sambutan Aidilfitri DPMM Negeri Johor

Jamuan Raya Aidilfitri DPMM Negeri Johor telah diadakan di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru semalam. Turut hadir menjayakan majlis ini ialah Pengarah SME Corp Johor, Wan Jusaini Rizal Bin Wan Nasruddin, Ketua Pejabat PUNB Wilayah Selatan, Nik Mohd Nor Arif Bin Nik Yahya, Pengarah Matrade Wilayah Selatan, En. Zuaziezie Zulkefli, Presiden Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia yang juga merupakan Naib Yang DiPertua DPMM Negeri Johor, En. Muhammaed Farhan Basheer dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, YB Tuan Sheikh Umar Bagharib Bin Ali

Majlis yang diraikan bersama-sama Ahli DPMM Negeri Johor dan beberapa agensi kerajaan ini diharap dapat membina dan mengeratkan lagi ukhuwah untuk kerjasama yang akan datang. Majlis yang bermula jam 3.30 petang itu disudahi dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Tuan Haji Mohd Zaidi Bin Saman kira-kira jam 5.15 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *