TAHNIAH DATO’ SRI SYED HUSSIEN AL-HABSHEE



Dato’ Sri Syed Hussein Al-Habshee, Presiden DPMM yg baru…

YBhg Dato’ Sri Syed Hussein dipilih oleh ahli-ahli sebagai Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang baharu dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPMM pada Sabtu, 15 Jun 2019 secara sebulat suara.

Beliau memangku jawatan tersebut sejak 22.11.2018 lepas apabila satu Mesyuarat Agung Luarbiasa dibuat oleh DPMM bagi menurunkan Presidennya ketika itu Saudara Rizal Faris dengan undi tidak percaya setelah beliau dikaitkan dengan beberapa salahlaku. YBhg Dato’ Sri Syed Hussein sebelum itu menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden DPMM pada Mesyuarat Agung terdahulu.

Ahli-ahli DPMM amat yakin bahawa Dato’ Sri Syed Hussein akan dapat menjalankan tugasnya dengan jujur dan amanah; berintegriti , menyatukan DPMM negeri-negeri dan membawa DPMM ke peringkat yang lebih tinggi.

Keyakinan ini ditambah dengan kepercayaan yang diberikan oleh kepimpinan YAB Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia dengan melantik beliau sebagai Pengerusi SMECorp Malaysia dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kedua2 jawatan ini amat berkaitan dengan keushawanan dan integriti.

Sebagai Pengerusi MAIWP, jawatan yang disandang oleh seseorang yg bertaraf MENTERI sebelum ini, beliau adalah bertanggung jawab kepada pungutan dan pembahagian zakat yg bernilai lebih RM500 juta di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Moga Allah memberikan kekuatan dn kesihatan kepada YBhg. Dato’s Sri Syed Hussein bagi menjalankan tugas-tugas yang penting kepada umat Islam dan masyarakat Melayu amnya. In sya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *