MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPMM NEGERI JOHOR 2019

Pada Ahad, 17 Mac 2019, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Negeri Johor bagi tahun 2019 di Bilik Seminar dan Latihan DPMM Negeri Johor. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Syed Hussein AlHabshee selaku pemangku Presiden DPMM.

Turut hadir dalam perasmian tersebut adalah beberapa wakil dari DPMM Negeri-negeri antaranya Ybhg. Dato’ Haji Fauzi Bin Hassan (Perlis), Ybhg. Dr. Halim Bin Husin, En. Mohd. Razit Bin Saleh, En. Hamzah Bin Paravil (Melaka), En. Nor Syahrin Bin Hamidon (W. P. Putrajaya), En. Amirhamzah Bin Karim (Negeri Sembilan) dan Puan Nazlisyah Binti Nadzaruddin selaku Ketua Dewanita DPMM. Turut hadir ialah Setiausaha Agung DPMM, Ir. Haji Mohd Azmi Bin Ali.

Tetamu lain yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, En. Noor Azmi Bin Mat Said dan Pengarah SME Corp Negeri Johor, En. Wan Jusaini Rizal Bin Wan Nasruddin. Bacaan doa telah disempurnakan oleh Imam Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru, Tn. Haji Imam Zaidi Bin Saman.

Tabung Bencana Kilat juga turut dilancarkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan ini bagi membantu mengurangkan beban mangsa-mangsa dan penduduk di Pasir Gudang yang menerima musibah akibat pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil ketika majlis perasmian dan mesyuarat berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *