DPMM Negeri Johor

Berita dan Aktiviti Terkini DPMM NEGERI JOHOR

SIDANG MEDIA DPMM NEGERI JOHOR 25 JUN 2018 (ISNIN)

ARTIKEL AKHBAR

 

Sumber : Utusan Malaysia, Rabu 27 Jun 2018, Edisi Johor, ms 27

ARTIKEL ONLINE

UTUSAN ONLINE

 

JOHOR BAHRU 25 Jun – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diharap dapat membersihkan nama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang sebelum ini dituduh monopoli projek-projek kerajaan.

Pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM, Datuk Dr. Syed Ali Alattas berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana mereka yang berada dalam UMNO dan MCA semasa memerintah berbuat demikian dengan memperalatkan status bumiputera.

Beliau yang juga Yang Dipertua DPMM Johor mendakwa, mereka mendapat projek kerajaan sama ada dengan menjalankannya secara usaha sama dengan bukan bumiputera atau menjualnya kepada pihak lain termasuk dari luar negara.

“Hakikatnya tidak sampai tiga peratus kontraktor Melayu di bawah DPMM mendapat kontrak kerajaan dan sebenarnya (projek kerajaan) dikuasai kroni-kroni UMNO dan MCA.

“Mereka ini telah menghina dan merosakkan nama Melayu. Sebelum ini di mana-mana orang marah kepada kita (DPMM) kononnya kita ambil semua (kontrak kerajaan) dan mereka (usahawan bukan bumiputera) dianggap sebagai kelas kedua, ini tidak betul,” katanya.

Bekas Presiden DPMM dari 2007 hingga 2017 itu berkata demikian dalam sidang akhbar di Bangunan DPMM Johor, Larkin Jaya, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

——————————————————————————————-

Tukar nama kepada Kongres Ekonomi Bumiputera

Tukar nama kepada Kongres Ekonomi Bumiputera
SYED ALI ALATTAS mengadakan sidang akhbar mengenai pertukaran nama Kongres Ekonomi Melayu, penganjuran Jamuan Perdana serta menyentuh beberapa isu lain di Bangunan DPMM Johor, Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

JOHOR BAHRU 25 Jun – Perdana Menteri bersetuju untuk menukar nama Kongres Ekonomi Melayu kepada Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan dilakukan pada September ini.

Cadangan itu yang dikemukakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dipersetujui dalam satu pertemuan di Putrajaya baru-baru ini.

Menurut Yang Dipertua DPMM Johor, Datuk Dr. Syed Ali Alattas, pertukaran nama itu bertujuan membolehkan penyertaan usahawan bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

“Kita menyarankan Kongres Ekonomi Bumiputera dianjurkan bersama-sama Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM kerajaan yang baharu,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan DPMM Johor, Larkin Jaya, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

——————————————————————————————-

3 dewan perniagaan anjur Jamuan Perdana

JOHOR BAHRU 25 Jun – Yayasan Kajian dan Pembangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dengan kerjasama Gabungan Dewan-dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia serta Gabungan Perniagaan Dewan-Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia akan menganjurkan Jamuan Perdana di Kuala Lumpur pada hujung Ogos atau awal September ini.

3 dewan perniagaan anjur Jamuan Perdana
Syed Ali Alattas

Pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM, Datuk Dr. Syed Ali Alattas berkata, jamuan tersebut adalah yang pertama kali diadakan menggabungkan tiga dewan berkenaan.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan ini dan meminta saya mencari tempat yang sesuai untuk penganjurannya tetapi bukan di Putrajaya,” katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua DPMM Johor berkata demikian dalam sidang akhbar di Bangunan DPMM Johor, Larkin Jaya, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

——————————————————————————————-

THE STAR ONLINE

 

DPMM: Investigate how BN awarded land

by zazali musa

JOHOR: The Johor Malay Chamber of Commerce Malaysia (DPMM) is urging the Government to set up a committee to look into the alleged misuse of power in awarding Federal and state land to parties or individuals.

DPMM president Datuk Syed Ali Al-Attas said the committee should also cover lands belonging to agencies, government-linked companies (GLCs) and government-linked investment companies (GLICs).

“Approvals given on the lands by the previous Barisan Nasional at the Federal and State levels should be frozen until the investigation is done,” Syed Ali said in a press conference on Monday.

Syed Ali said the investigation should focus on approvals given to ensure that there was no misuse of power such as awarding the land below market price or premium.

“We want to know and the people have the right to know whether there were elements of corruption involved, and the findings should be made public,” he said.

Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/06/25/dpmm-investigate-how-bn-awarded-land/#RfkBXYRd3mkOELeA.99

Updated: July 4, 2018 — 2:40 pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcikpta Terpelihara © Unit ICT DPMM NEGERI JOHOR
Paparan Terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1920 x 1080
Pelayar yang disokong : IE 7 ke atas, Mozilla FIrefox, Google Chrome dan Safari
Frontier Theme