DPMM Negeri Johor

Berita dan Aktiviti Terkini DPMM NEGERI JOHOR

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018 DPMM NEGERI JOHOR

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Johor telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 pada hari Selasa, 26 Jun 2018. Majlis telah diadakan di Hotel Renaissance, Permas Jaya, Johor Bahru.

Majlis ini turut dihadiri oleh Exco Johor, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan, YB Aminolhuda Bin Hassan. Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah Pengarah Matrade Wilayah Selatan. En. Raphy Bin Md Radzi, Penolong Pengarah MITI Negeri Johor, Puan Nur Anis Nordin, Pengarah MPC Pejabat Wilayah Selatan, Encik Mohd Zaki Bin Ibrahim, Pengurus MayBank City Square Johor Bahru, Encik Mohd Rizal Bin Mohd. Hanafiah dan Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Johor, Yang Berbahagia Datin Paduka Hjh. Hapipah Endot. Bacaan selawat dan doa untuk majlis ini telah disempurnakan oleh Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Tuan Haji Zaidi Bin Saman. Turut hadir YB Suhaizan Bin Kayat.

Berikut adalah beberapa gambar yang telah sempat diambil pada majlis tersebut.

Updated: July 1, 2018 — 12:57 pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcikpta Terpelihara © Unit ICT DPMM NEGERI JOHOR
Paparan Terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1920 x 1080
Pelayar yang disokong : IE 7 ke atas, Mozilla FIrefox, Google Chrome dan Safari
Frontier Theme