DPMM Negeri Johor

Berita dan Aktiviti Terkini DPMM NEGERI JOHOR

DPMMJ SOKONG PEMBATALAN PROJEK HSR

ARTIKEL AKHBAR

 

Sumber : The Star, Starbiz, Rabu 6 Jun 2018, ms 4

—————————————————————————————————————

Sumber : Harian Metro, Rabu 6 Jun 2018, ms 72

—————————————————————————————————————

ARTIKEL DALAM TALIAN (ONLINE)

JOHOR BAHRU: Pembatalan projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dapat menyelamatkan ekonomi negeri Johor selain mengelakkan negara menanggung beban hutang tambahan.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor (DPMMJ), Datuk Dr Syed Ali Alattas, berkata berikutan itu, pihaknya menyokong keputusan Kerajaan Pusat membatalkan projek berkenaan.

Beliau berpendapat, walaupun projek itu menyediakan sistem pengangkutan baharu dan moden, kini bukan masa yang tepat bagi melaksanakannya.

Katanya, ini berikutan kos projek berkenaan dianggarkan RM100 bilion dan pembatalannya secara tidak langsung dapat menyelamatkan negara daripada bebanan hutang.

“Ia juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada golongan peniaga dan menyebabkan bandar raya ini `mati’ kerana ia hanya menjadi laluan HSR.

“Sedangkan ketika ini, bandar raya ini menjadi tumpuan pelancong Singapura dan mereka berbelanja di sini,” katanya pada sidang media di Pejabat DPMM di Larkin di sini, hari ini.

Syed Ali berkata, pihaknya tidak menafikan projek HSR lebih menguntungkan Singapura selain individu yang melabur dengan membeli tanah di kawasan sasaran pembinaan landasan HSR dengan harapan dapat menjualnya semula pada harga tinggi.

Katanya, projek itu akan membabitkan penggunaan tanah yang sepatutnya boleh digunakan bagi membina rumah untuk rakyat.

Selain HSR, katanya, Kerajaan Pusat seharusnya mengkaji impak hasil projek Rel Pantai Timur (ECRL) yang membabitkan kos RM55 bilion dan sekiranya wajar dibatalkan jika ia tidak membawa kebaikan.

Sumber : Berita Harian Online

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/06/434417/dpmmj-sokong-pembatalan-projek-hsr

—————————————————————————————————————

Video Sidang Media

 

Sumber : Berita Awani, Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcikpta Terpelihara © Unit ICT DPMM NEGERI JOHOR
Paparan Terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1920 x 1080
Pelayar yang disokong : IE 7 ke atas, Mozilla FIrefox, Google Chrome dan Safari
Frontier Theme