DPMM Negeri Johor

Berita dan Aktiviti Terkini DPMM NEGERI JOHOR

JEMPUTAN BAGI SIRI LATIHAN DAN PROMOSI PROGRAM GALAKAN EKSPORT BUMIPUTERA (GEB) TAHUN 2018

Ingin  dimaklumkan bahawa, SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Siri Latihan di bawah Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) pada tahun 2018 yang bertujuan untuk membangunkan kemahiran pemasaran eksport di kalangan syarikat PKS Bumiputera yang berpotensi dan meningkatkan kesedaran syarikat mengenai peluang-peluang eksport yang sedia ada. Maklumat lanjut mengenai sesi latihan tersebut adalah seperti berikut;

Tarikh               : 16 – 17 April 2018 
Masa                 : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat             : Dewan Mahkota, Aras 5, Blok B, SME Corp. Malaysia

Sehubungan dengan ini, SME Corp. Malaysia ingin menjemput PKS Bumiputera yang telah mendapat SCORE 3 Bintang dan ke atas serta ingin mengeksport bagi menghadiri siri latihan tersebut sebagai persediaan untuk mengeksport. Aturcara Sesi Latihan adalah seperti di lampiran.

Bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Kehadiran untuk dilengkapkan oleh pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan dan dipohon agar pihak YBhg. Datuk / Dato’/ Tuan / Puan dapat mengembalikan borang ini sebelum  atau  pada 12 April 2018  untuk tindakan Urus Setia.

Jika pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, boleh hubungi Pn. Norfaridah Limat di 03-27756123  atau emel kepadafaridah@smecorp.gov.my atau Pn. Zafina Mohd Akbar di 03-2275 6186 atau e-mel kepada zafina@smecorp.gov.my. Kerjasama pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan di dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Updated: April 11, 2018 — 3:56 pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hakcikpta Terpelihara © Unit ICT DPMM NEGERI JOHOR
Paparan Terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1920 x 1080
Pelayar yang disokong : IE 7 ke atas, Mozilla FIrefox, Google Chrome dan Safari
Frontier Theme