Mobirise Website Maker

SEKAPUR SIRIH 

YM DATUK SYED ALI ALATTAS
PRESIDEN,
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI JOHOR

Assalammualaikum wr wb

Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya DPMM telah 60 tahun tertubuh sebagai satu organisasi ulung menyatupadukan usahawan Melayu di seluruh tanah air.

Setiap dekad perjalanan DPMM sehingga hari ini telah melalui banyak pengalaman yang ditempuhi oleh kepimpinan di peringkat pusat bahkan DPMM Negeri-negeri. Bermula daripada Gabungan Dewan- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan perlembagaan Negeri masing-masing kepada satu perlembagaan di bawah satu Dewan iaitu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia semenjak 1974.

Kemantapan dan perpaduan pimpinan adalah prasyarat kemajuan sesebuah organisasi tercapai.Pentadbiran, jentera dan kewangan yang mantap adalah satu program dan tanggungjawab kepimpinan sekarang untuk menentukan masa hadapan DPMM maju dan berjaya.

Projek-projek yang dirancang dan sedang dijalankan seperti Menara DPMM, Projek Perumahan Kos Sederhana Mampu Milik adalah program yang mencabar tetapi boleh dilaksanakan. InsyaAllah, di samping projek-projek social seperti cadangan perumahan untuk mangsa banjir di Kelantan. Di peringkat Negeri pula, seperti projek di bawah Yayasan DPMM Johor yang mana sedang mendirikan semula Bangunan Sekolah Mengah di Khartoum, Sudan dengan belanja 1 juta US dan juga program Penanaman Padi di Kemboja untuk fakir miskin di Malaysia dan Kemboja sedang dilaksanakan.

Untuk memperkasakan DPMM dalam pembangunan nasional, beberapa institusi strategic telah dilaksanakan seperti yayasan-yayasan dan majlis-majlis (Majlis PPKS dan Majlis PPU) yang dianggotai bersama oleh tokoh-tokoh ekonomi dan masyarakat, wakil-wakil kementerian dan Agensi Kerajaan.

Beberapa seminar, forum dan meja bulat telah dijalankan sepanjang tahun; juga Misi Dagang ke United States of America, Kemboja, China dan lain-lain. Beberapa penerbitan juga telah dihasilkan.Dengan penubuhan MTEM telah meramaikan ahli-ahli menerusi 55 pertubuhan ekonomi dan professional. Saya penuh yakin dengan perancangan dan agenda yang dinyatakan akan berhasil dengan niat yang jujur dan ikhlas, kepimpinan yang matang dan sokongan ahli-ahli di seluruh negara.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada DPMM Negeri Johor dan diberkati Allah perjuangan kita hendakNya, Aamiin.

Wassalammualaikum wr wb.