https://mobirise.com/


KHIDMAT NASIHAT DAN SEMINAR KEUSAHAWANAN

Kami di DPMM Negeri Johor menyediakan khidmat nasihat dan seminar-seminar keusahawanan dari masa ke semasa bagi membantu para usahawan yang baru menceburkan diri dalam bidang keusahawanan atau ingin menambah ilmu dalam bidang ini. Kami mempunyai pegawai yang terlatih untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada anda.

Info lanjut berkenaan dengan seminar boleh anda dapati di laman web ini atau facebook kami dan untuk mendapat info secara terus dan tepat mengenai seminar dan aktiviti kami, kami sarankan anda di luar sana untuk menjadi Ahli DPMM Negeri Johor.

Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian, sila layari laman web ini atau hubungi pihak urusetia.