Mobirise Web Creator

KEAHLIAN DPMM NEGERI JOHOR

MENGAPA ANDA PERLU BERDAFTAR?

DPMM Negeri Johor mengalu-alukan perndaftaran anda sebagai ahli kami kerana kami merupakan platform dan wadah untuk mengumpul dan menyatukan usahawan-usahawan Melayu Johor khasnya di bawah satu bumbung. Di sinilah pelbagai manfaat dapat diperolehi dan dikongsi bagi menguatkan lagi ekonomi dan perniagaan orang Melayu itu sendiri 

APAKAH MANFAAT YANG DITERIMA AHLI?

1. Setiap nama dan syarikat berdaftar sebagai ahli Dewan akan dimasukkan ke dalam direktori dan 'database' Dewan. Ini digunakan untuk memperkenalkan syarikat-syarikat ahli kepada pihak kerajaan, agensi-agensi kerajaan, kedutaan Malaysia di luar negara dan pihak swasta dalam negeri/luar negara. Secara tidak langsung ini juga dapat membantu mempromosikan barangan dan perniagaan mereka.

2. Ahli Dewan juga diberi keutamaan dalam menyertai kursus-kursus latihan, seminar, forum, karnival atau ekspo, dialog dan berbagai-bagai aktiviti anjuran Dewan secara percuma atau dengan bayaran yang minimum.

3. Kami juga ada menyediakan khidmat nasihat dan sokongan kepada ahli-ahli yang baru untuk memulakan perniagaan.

4. Segala info atau aktiviti terkini akan kami maklumkan kepada ahli secepat mungkin melalui laman web, surat, facebook, serta SMS.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR?

Borang pendaftaran boleh didapati di laman web ini (sila klik pada gambar borang di sebelah) dan juga di pejabat urusetia. Anda perlu melengkapkan borang tersebut beserta dokumen-dokumen yang diperlukan serta yuran pendaftaran dan tahunan, dan selepas semuanya lengkap permohonan tersebut hendaklah dihantar ke pejabat uruseta. Sila rujuk di pautan borang untuk memuat turun borang.