Mobirise

Berikut adalah kategori ahli yang termaktub di dalam Perlembagaan DPMM 

1

Ahli Biasa (Individu)


FASAL 6.2.1
Melayu yang menjalankan perniagaan sebagai tuan punya tunggal,atau tuan punya bersama di dalam sesuatu firma yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di Semenanjung Tanah Melayu atau Sabah atau Sarawak atau mana mana Wilayah Persekutuan.

Seseorang yang memohon untuk menjadi ahli mengikut peruntukkan Fasal ini hendaklah mendaftar dengan menggunakan nama perniagaan atau perkongsian tersebut.

Untuk tujuan itu beliau perlulah mendapat kebenaran daripada rakan–rakan kongsi yang lain membenarkan beliau bertindak sebagai penama bagi perniagaan atau perkongsian tersebut,dengan syarat bahawa jika sekiranya pendaftaran Perniagaan bagi perkongsian atau perniagaan tersebut dibatalkan atau terbatal; atau nama sebenarnya telah digugurkan, maka keahlian beliau akan gugur dengan sendirinya.

FASAL 6.2.2
Melayu yang menjalankan perniagaan di Malaysia yang dilesenkan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Tempatan di Malaysia atau mana – mana pihak yang berkuasa di Malaysia.

2

Ahli Biasa (Professional)


FASAL 6.2.3
Melayu yang berdaftar dengan sesuatu badan professional yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

3

Ahli Biasa (Syarikat)


FASAL 6.2.4
Syarikat Perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 dan memiliki seratus peratus (100%) oleh samada Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri dengan syarat bahawa Majlis Eksekutif Dewan diberi kuasa menentukan status Syarikat ini dari masa ke semasa, dan dengan syarat syarikat tersebut perlu menyerahkan Borang 24 dan Borang 49 yang kesemasa kepada Majlis Eksekutif Dewan.

FASAL 6.2.5
Syarikat Perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 Malaysia dan dimilik seratus peratus (100%) oleh Melayu.

4

Ahli Biasa (Koperasi)


FASAL 6.2.6
Koperasi yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan Koperasi 1948 yang dimiliki seratus peratus (100%) oleh Melayu.