mobirise.com


MISI VISI & OBJEKTIF

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI JOHOR

MISI & VISI
Untuk mewujudkan suatu masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputra (MPPB) yang bernilai, mantap, berjaya menguasai ekonomi dan kejayaan Negeri Johor khasnya dan negara amnya bersama MPPB di seluruh tanah air untuk kemakmuran negara.

STRATEGI
Menyatupadukan dan menggembelengkan ilmu dan tenaga usahawan, ikhtiasas dan cerdik pandai Melayu Johor khasnya dan di Tanahair amnya untuk mencapai matlamat diatas.

OBJEKTIF & TUJUAN
1) Menubuh dan mewujudkan satu pertubuhan perniagaan Melayu di peringkat kebangsaan dan negeri untuk kepentingan dan faedah Melayu di lapangan perniagaan dan ikhtisas.

2) Menyatupadukan peniaga dan ikhtisas Melayu untuk kepentingan dan faedah ekonomi Melayu.

3) Mempastikan terjaminnya kepentingan Ahli di dalam undang-undang yang digubal atau dipinda di Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan.

4) Menentukan aktiviti DPMM Negeri dan Ahli Bergabung adalah selaras dengan asas dan tujuan Dewan.

5) Menerbitkan majalah dan risalah yang berkaitan dengan perniagaan.

6) Membantu atau mewakili Ahli di dalam perbincangan berkenaan perdagangan, pembelian, penjualan dan lain-lain samada di dalam atau di luar Malaysia.

7) Menubuhkan tabung-tabung biasiswa, amanah dan lain-lain untuk kebajikan Ahli dan sekiranya perlu untuk membantu ahli pertubuhan, perbadanan atau persatuan Bumiputera dan mana-mana orang Melayu yang memerlukannya.

8) Membuat perhubungan atau bekerjasama dengan lain-lain badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Dewan.

9) Mengeluarkan Sijil Tempasal (Certificate of Origin) atau lain-lain sijil ke atas barangan yang dieksport dari Malaysia.

10) Membeli, menjual, menggadai, memajak, memiliki, menyewa, menukar hakmilik, menyerah, memaju dan membuat lain-lain urusan yang bersangkutan dengan tanah, saham atau lain-lain harta.

11) Membina bangunan untuk kegunaan atau kepentingan Dewan.

12) Meminjam wang untuk kegunaan atau kepentingan Dewan.

13) Menjalankan penyelidikan dalam kesemua masalah dan untuk memajukan atau mencadangkan kaedah-kaedah tindakan dan prosedur yang dianggap perlu atau berfaedah untuk kesemua atau salah satu daripada asas dan tujuan Dewan.

14) Menubuhkan Yayasan untuk kebajikan, pelajaran, latihan, pengurusan dan kemahiran dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

15) Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa jua langkah selain daripada perkara di atas bagi kesempurnaan perjalanan Dewan dan DPMM Negeri bagi faedah ekonomi bangsa Melayu.

PERANAN DEWAN
1) Kesedaran dan semangat baru hendaklah dipupuk di kalangan ahli-ahli Dewan khasnya dan para usahawan Melayu amnya untuk mendokong dengan bersepadu cita-cita murni dan matlamat di atas.

2) Memastikan Dewan ii sentiasa dipimpin oleh Jawatankuasa yang dianggotai oleh ahli-ahli yang berkebolehan, jujur, amanah dan berdedikasi.

3) Menggalakkan penyertaan aktif para usahawan dan iktisas Melayu di Negeri Johor sebagai anggota Dewan.

4) Meningkatkan perancangan dan keberkesanan perlaksanaannya untuk ahli-ahli Dewan supaya dapat manafaat sepenuhnya dalam pembangunan pesat Negeri Johor khasnya dan di negara amnya.

5) Meningkatkan fungsi Majlis Perunding Dewan (MPD) yang ditubuhkan oleh DPMMJ pada tahun 1989 selaras dengan matlamat Dewan.

6) Meningkatkan keupayaan dan prestasi kakitangan dan Urusetia Dewan.

7) Meningkatkan fungsi dan keberkesanan Biro-biro melaksanakan program-program Dewan serta meningkatkan fungsi dan keupayaan Jawatankuasa Perhubungan Dewan serta meningkatkan fungsi dan keupayaan Jawatankuasa Perhubungan Dewan peringkat Daerah-daerah (JPD) untuk membantu ahli-ahli setempat.

8) Mengukuhkan unit-unit pembangunan, harta dan pelaburan Dewan dengan menjayakan program pembangunan pusat-pusat perniagaan dan kawasan perindustrian.

9) Mewujudkan satu tekad komitmen yang baru dan bersepadu di antara Dewan dan sektor awam di bawah "Majlis Riayah Ekonomi Bumiputera Negeri Johor (MREB - Negeri Johor)" untuk menentukan rancangan-rancangan dilaksanakan dengan penuh berkesan supaya cita-cita dan maklumat di atas berhasil dengan penuh kejayaan.

10) Mengukuhkan kewangan Dewan dengan meningkatkan prestasi pelaburan dan anak-anak syarikatnya untuk menampung perbelanjaan dan keperluan selaras dengan tanggungjawab dan cabaran yang besar.