mobirise.com

60 TAHUN JUBLI INTAN DPMM NEGERI JOHOR (1957 - 2017)

 Ahli-ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor telah menempuh sejarah dengan penubuhan julung kalinya satu Dewan Perniagaan pada April 1957 dengan nama asal Dewan Perniagaan Melayu Johor (DPMJ).

DPMJ bergabung dengan Dewan Perniagaan Negeri-negeri dalam satu gabungan yang dinamakan Gabungan Dewan Perniagaan Melayu pada tahun 1960.

Di dalam Mesyuarat Agung Gabungan pada tahun 1972 yang diadakan di Negeri Johor, DPMJ telah mengusulkan supaya seluruh Dewan-dewan Perniagaan Melayu disatukan di bawah satu perlembagaan. Usul ini telah dibincangkan dan diluluskan.

Pada tahun 1974, wujudlah satu Perlembagaan yang menyatukan seluruh Dewan Perniagaan Melayu Negeri-negeri dan memansuhkan Perlembagaan Dewan Perniagaan Melayu di negeri masing-masing serta menerima satu Perlembagaan untuk semua Dewan Perniagaan Negeri-negeri di bawah nama Dewan Perniagaan Dan Perusahaan Melayu Malaysia.

Perlembagaan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia telah melalui beberapa perubahan dan kemajuan.

Pada tahun 1992, Perlembagaan tersebut diringkaskan dan dipadatkan kepada DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA.

DPMJ yang ditubuhkan pada 1957, pada hari ini bergerak maju dengan kesinambungan sejarahnya dan sekarang terkenal dengan nama DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI JOHOR.



--------------------------------------------------



DPMM Negeri Johor telah mengadakan Majlis Sambutan 60 Tahun DPMM Negeri Johor pada 18 Mac 2017 di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru dan 25 Mac 2017 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Bersempena dengan sambutan ini, DPMM Negeri Johor telah menerbitkan buku khas 60 Tahun DPMM Negeri  Johor bagi melakar sejarah penubuhan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia sehingga tertubuhnya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor di Johor Bahru.

Di majlis sambutan 60 Tahun DPMM Negeri Johor ini turut diadakan penyampaian Anugerah Khas dan Anugerah Tokoh Usahawan Muda serta penyampaian Sijil Penghargaan Ahli-Ahli Lama DPMM Negeri Johor yang seramai 14 orang serta persembahan montaj sejarah penubuhan DPMM Negeri Johor (video di atas) kepada para jemputan.